Selamat Menyambut Tahun Baru 2008

Daftar Sekarang !!

Assalamualaikum..

Minta perhatian kepada bekas pelajar SMK Seri Pagi, sila daftarkan diri anda dan berikan (dalam ruangan komen) :

NAMA#BATCH SPM#TARIKH LAHIR#TEMPAT LAHIR#NO IC#ALAMAT#NO TELEFON#AKADEMIK

cth : Ali#SPM2004#01/01/1987#seremban,n9#870101231457#no 123, jln 2, taman tumpoi, 70450 seremban,n9#0123456789#ijazah sarjana muda bioteknologi, universiti negeri sembilan

bagi memudahkan AJK PENAJA ALUMNI SMK SERI PAGI membuat simpanan data-data pelajar.

*terbuka kepada semua bekas pelajar SMKSP, tidak kira walaupun anda bersekolah sehari sahaja di SMKSP.
*Kami ingin mengumpul kembali rakan-rakan kita yang lain dan secara tidak langsung, anda lebih mudah mengetahui perkembangan alumni dari semasa ke semasa..

Mmwallet4u.net Team!

Tuesday, October 9, 2007

Aktiviti Alumni

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, persatuan alumni dalam proses penubuhan dan insya-Allah, hujung tahun ini proses penubuhan tersebut selesai.

Oleh itu, saya mohon jasa baik anda untuk memberi sumbangan idea tentang aktiviti alumni yang bakal kita laksanakan tahun depan.

Semoga pengisian aktiviti alumni tersebut memberi seribu makna kepada kita semua. Insya-Allah..

Salam Perkenalan Dari AJK Penaja Alumni

Kepada bekas pelajar SMK Seri Pagi, kami AJK Penaja telah menghantar borang pemohonan untuk menubuhkan Persatuan Alumni SMK Seri Pagi (GLORIAN) di pejabat penubuhan pendaftar di Seremban. Buat masa sekarang ini, pemohonan tersebut dalam proses dan mengambil masa 3 - 4 bulan untuk siap. Sebagai permulaan, kami memilih seramai 11 orang untuk menjadi AJK Penaja dalam menggerakkan persatuan yang akan ditubuhkan kelak.

Insya-Allah, selepas penubuhan persatuan ini secara rasmi, kami akan mengadakan mesyuarat agong untuk pemilihan AJK TETAP untuk persatuan kita. Diharap semua bekas pelajar dari batch SPM 2001 sehingga sekarang dapat hadir untuk memberi sokongan penuh persatuan kita.

Berikut adalah AJK PENAJA Persatuan Alumni SMK Seri Pagi (GLORIAN) :


AHLI JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN ALUMNI SMK SERI PAGI
(GLORIAN)


Yang Dipertua
Mohd Hafiszudin Bin Ab.Samad

Naib Yang Dipertua
Mohamad Bukhari Bin Mohamed Rafai

Setiausaha
Farhana Binti Haji Jaafar

Naib Setiausaha
‘Izzati Farhana Binti Ab. Aziz

Bendahari
Noorfeeza Azween Binti Nazri

Naib Bendahari
Nurashimah Binti Abdul Rauf



Ahli Jawatankuasa :

Marlina Binti Zainal
Muhammad Syahril Bin Abd Hamid
Muhammad Ashraf Bin Azman
Navin A/L Vijayan
Fatin Ayuni Binti Aminzal


Kami sebagai AJK PENAJA berharap agar bekas pelajar SMK Seri Pagi dapat memberi maklumat peribadi selengkapnya kepada kami. Tujuannya adalah untuk dijadikan sebagai dokumen peribadi bekas pelajar SMK Seri Pagi. Dengan adanya dokumen tersebut, lebih mudah bagi pihak pengurusan untuk terus berhubung dengan anda. Secara tidak langsung, anda akan dapat mengetahui perkembangan semasa persatuan dari semasa ke semasa.

Kerjasama anda amat kami hargai.


Sejarah Sekolah

SMK Seri Pagi ialah sebuah sekolah menengah kategori luar bandar yang terletak dalam pentadbiran dan pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus. Berdiri kukuh tersergam indah di atas tapak tanah yang luasnya kira-kira 5 hektar persegi. Lokasi sekolah ini amat strategik iaitu terletak di atas sebuah bukit serta dikelilingi kawasan perumahan dan perindustrian Senawang.

Sekolah ini telah dirasmikan pada 14 Jun 2003 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohamad Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Walau bagaimanapun, sekolah ini telah membuat penukaran nama daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi pada 24 September 2005 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sekolah ini mula beroperasi pada awal tahun 2000. Pada peringkat awal, tenaga pengajar hanya seramai 38 orang dan bilangan pelajar pula seramai 803 orang. Walaupun bilangannya kecil, namun ianya tidak mematahkan semangat pihak pentadbiran untuk melaksanakan segala impian serta wahana yang telah termaktub dalam FPN.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam. Namun, beliau hanya dapat berkhidmat selama setahun sahaja. Mulai tahun 2001 pula, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh Puan Hajah Sharifah Azizah Bt Syed Zin. Beliau telah melakar sejarah dalam pelbagai aktiviti sehingga mampu bersaing dengan sekolah sekitar termasuk program keceriaan, kebersihan dan keselamatan.

Bermula dengan pelajar printis seramai 803 orang , kini meningkat kepada 1718 orang pada tahun 2004. Pengambilan pelajar adalah dari sekolah rendah berdekatan seperti SK Seri Pagi, SK Tasik Jaya, SK Senawang dan SK Sri Mawar. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran dengan sekolah ini seperti Taman Cempaka, Taman Rasa Sayang , Taman Dahlia dan lain-lain. Sekolah ini juga telah berupaya menubuhkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) pada bulan Februari tahun 2000. Upacara perasmian penubuhan PIBG ini telah disempurnakan oleh ADUN Senawang YB Dato’ Woo Ah Lek. Pengerusi pertama PIBG ialah Encik Azman Bin Abdul Jalil. Dengan adanya PIBG tersebut, sekolah telah mengorak langkah dalam jangkamasa yang begitu singkat, akhirnya sekolah berjaya melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kini setelah 7 tahun beroperasi dan peningkatan jumlah pelajar umpama cendawan tumbuh selepas hujan, sekolah telah melaksanakan Sistem Persekolahan Dua Sesi bermula pada tahun 2002 iaitu Tingkatan 1 dan 2 pada sesi petang, manakala Tingkatan 1 ( aliran agama), 4 dan 5 pada sesi pagi. Mulai tahun 2005 sekolah telah membuka kelas Tingkatan 6 iaitu Tingkatan 6 Rendah UM dan UKM. Pada tahun 2006 pula sekolah telah menambah 2 lagi kelas untuk menampung pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas UM dan UKM.



MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi akan meningkatkan kecemerlangan minda prestasi akademik dan kokurikulum seiring matlamat pendidikan kebangsaan untuk melahirkan insane kamil melalui budaya kerja berpasukan.


VISI
Kami warga SMKSP beriltizam mewujudkan masyarakat yang berilmu berakhlak mulia, berinovatif, cekap mengurus dan berdaya saing menjelang 2010


MOTO
Pendidikan Berhikmah
Pengurusan Berhemah
Penjana Al-Falah


LAGU SEKOLAH
Berdiri Sedia Kami Di Sini
Melangkah Gagah Tekad Berani
Majukan Bangsa, Agama, Ibu Pertiwi
Matlamat Diri Kami
Warga SMK. Seri Pagi
Mendukung Cita-cita Tinggi
Gemilang, Terbilang Terbukti
Cemerlang Ilmu Kami Berjanji
Memartabatkan Pendidikan
Nilai Murni
SMK. Seri Pagi

Majlis Makan Malam Amal "Nite Of Fame"


Alhamdulillah...

Selama 2 bulan perancangan untuk mengadakan majlis makan malam dan juga reunion untuk bekas pelajar, akhirnya majils tersebut berjaya diadakan.

Kepada AJK Pelaksana, terima kasih diucapkan kerana telah banyak berkorban tenaga dan masa semata-mata untuk menjayakan majlis makan malam ini. Kepada Bukh, Fana, Zati, Navin dan Kido..thanks sebab korang paling banyak korbankan masa termasuklah berniaga di sekolah rendah semata-mata nak back up duit majlis kita. Kepada nama yang tak ada, janganlah kecik hati..korang juga turut sama menyumbang tenaga untuk berniaga. Tak lupa juga pada mereka yang menyumbang tenaga untuk aktiviti car wash..Sumbangan anda semua amat dihargai.

Walau bagaimanapun, setiap perkara pasti ada kelemahannya. Lebih-lebih lagi apabila 1st time menganjurkan majlis seumpama ini. Hanya AJK Pelaksana sahaja yang tahu bagaimana peritnya nak menganjurkan majlis seumpama ini. Pergi sana..Pergi sini..Last-last minute, banyak perkara berubah tanpa dijangka.


Tapi bak kata orang, Tuhan itu Maha Adil. Setiap usaha yang kita lakukan ada balasannya.Niat kita baik, dalam mengumpul dan ingin berjumpa dengan bekas pelajar, kita juga turut menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan dan Surau sekolah. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah..

Kepada bekas pelajar yang hadir pada malam tersebut, pihak penganjur memohon maaf jika ada cacat cela sepanjang perjalanan majlis tersebut.

Akhir sekali, pihak penganjur berharap agar anda terus memberi teguran membina dan sokongan padu kepada kami supaya kami dapat memperbaiki kelemahan kami dari semasa ke semasa.

Sekian..

Monday, October 8, 2007

Selamat Datang

Assalamualaikum...


Terima kasih kepada semua kerana sudi melayari blog alumni SMKSP.

Buat masa ini, pihak pengurusan terpaksa mencari alternatif lain selain group yang sedia ada di dalam friendster. Ini kerana, group tersebut sering menghadapi masalah teknikal dan serangan virus yang tidak dikenali.

Jadi, saya berharap dengan adanya blog ini anda semua dapat memberi sokongan padu dan kerjasama yang erat terutamanya kepada AJK PENAJA ALUMNI SMKSP. Bantulah mereka dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Jangan merasakan diri anda terasing dengan kami. Kita semua adalah sama. Belajar di sekolah yang sama, berguru juga dengan guru yang sama. Rajin-rajinlah bertegur sapa sesama ahli kita agar ukhwah dapat dijalinkan.

Yakinlah bahawa dengan kerjasama yang anda berikan, kita mampu menempah nama dalam kalangan alumni yang ada di sekitar kawasan kita. Untuk pengetahuan umum, pihak sekolah juga turut menjejaki idea kita setelah kita mengadakan majlis makan malam amal pada bulan 6 yang lepas. Siapa sangka, hanya majlis yang ringkas tersebut, kita sudah menjadi perhatian bukan sahaja kerajaan negeri malah kementerian pelajaran negeri sembilan.

Oleh itu, bersamalah kita berganding bahu dan memartabatkan persatuan alumni kita demi kesejahteraan semua.

SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI

Sunday, October 7, 2007

Anda ada sebarang masalah? Sila nyatakan..